Followers

Untuk Tabung Pendidikan Anak2ku

Wednesday, March 30, 2011

Cerpen : Dia Ayla Chenta Zulika

'Cinta. Apa makna cinta? Pada kamu? Ya, mungkin Cinta itu adalah suatu perasaan yang sukar ditafsirkan rasanya. Ia bisa membuatkan kita terbuai-buai dengan mimpi indah walaupun sewaktu disiang hari.
Tetapi apa pula maknanya pada aku? Padaku cinta bermaksud Ayla Chenta Zulika. Ya, Ayla Chenta Zulika Zulkifli. Agak unik nama itu kan? Kerana dia, malam ku lena. Kerana dia aku terperuk lama dalam bilik air. Kerana dia aku makan berpinggan-pinggan. pelik kan?'
Sani tersenyum sendirian sambil teringat kembali diawal pertemuan antara dirinya dengan gadis pujaan hatinya.

Tika pertama kali Sani melihat Ayla Chenta Zulika, dia baru berusia 9 tahun dan Sani berumur 12 tahun. Ayla Chenta Zulika yang di panggil sebagai Cicha adalah anak jiran neneknya. Berkulit agak gelap, bermata bulat dan hidungnya agak comel namun mancung. Rambutnya yang lurus dan sedikit keperangan jarang diikat. Kalau ikutkan, Cicha tak lah lawa atau setanding kawan-kawan perempuan Sani di Kuala Lumpur. Namun, entah lah. Pertama kali Sani nampak Cicha, Sani dah rasa ada sesuatu yang istimewa pada Cicha. Cuma Sani tak tahu apa.

Sebenarnya, Sani dihantar pulang ke kampung sempena cuti sekolah pada mulanya memberontak bila dipaksa tinggal dikampung. Hanya kerana kesalahan kecil dia dihukum untuk tinggal bersama datuk dan neneknya walhal dia tidaklah rapat dengan mereka.
Segala kata2 datuk atau neneknya, tidak didengari. Sani juga akan bercakap bila dia rasakan perlu sahaja.

Suatu petang datuk Sani ingin ke kebun. Lalu diajaklah Sani. Sani tidak menjawab walau sepatah. Matanya tetap memandang televisyen. Datuk Sani memujuk kerana merasa kasihan melihat cucu tunggalnya itu berkurung saja didalam rumah semenjak sampai dikampung.

'Sani kata taknak, means taknak lah! Atuk tak faham ke?'

Tinggi suara Sani menjawab bila dia merasa dirinya dipaksa. Menggeleng kepala datuk sani. Namun masih bersabar dengan kerenah cucu tunggalnya itu.

'Jom lah ikut atuk. Boleh Sani tengok dusun kita. Sani pun dah lama tak tengok dusun atuk tu kan.'

Sani merenung wajah datuknya sambil berdengus. Tanpa bersuara, dia bingkas bangun dan meninggalkan datuknya yang masih menunggu jawapannya.

Sani duduk di beranda rumah. Wajah yang nampak marah, berkerut-kerut sambil merenung kanak-kanak kecil bermain disebelah rumah.
Datuk Sani keluar dan menjengah cucunya. Tersenyum melihat perangai cucunya itu. Tak tumpah seperti bapa Sani iaitu anak lelakinya.

'Takde macam ni, Sani tak nak ikut atuk ke kebun tak pe lah. Atuk pergi sendiri. Tapi Sani jangan pula merayau2 kat kampung ni. Sani baru lagi kat sini. Nanti sesat. Nenek kejap lagi menyusul atuk. Jadi, takde orang lain kat rumah ni. Sebelum Maghrib, atuk dengan nenek balik lah ye'.

Sani mengerling memandang datuknya yang sudah menaiki motor. Hatinya puas memperlakukan datuknya sebegitu. Dia tersenyum sendirian. Lagi banyak dia sakiti hati datuk dan neneknya, lagi cepat dia dapat balik kerumahnya semula. Dia suka!

'Assalammualaikum'......
Sani tersentak. Dia menoleh. Ada seorang budak perempuan yang sedang memegang sebuah piring berisi sesuatu. Dia tersenyum manis.

'Nak apa?' jawab Sani tanpa menjawab salam. Kasar. Terus mati senyuman budak perempuan itu.

'Tuk Salleh ada tak?'  Kasar je bunyik suara budak perempuan tu pula.

'Takde. Dia pergi kebun.' Sani pun tidak mengalah. Tetap memperdengarkan suara kasarnya.

' Nek Ani?'

'Pun tak ada.' Jawab Sani. Masih lagi kasar.

Selesai je Sani menjawab, nenek Sani keluar ke beranda.

Budak perempuan tu memandang Sani. 'Penipu' gerutu hatinya.

'Assalammualaikum Nek Ani...'

'Waalaikumussalam. Eh Cicha... bila datang? Naik lah.' pelawa nenek Sani.

'Eh takpe lah nek. Ni hah. Mak Cicha suruh bagi kuih ni kat nenek.' ujar budak perempuan tersebut sambil menghulukan sepiring kuih.

Nenek Sani tersenyum dan menyambut piring tersebut. Kuih kaswi. Kegemaran datuk Sani.

'Terima kasih. Allah, nenek tak de pula buat kuih petang ni. Kalau tidak, boleh nenek balas. Tunggu kejap ye, nenek tukar piringnya.'

'Takpe lah nek. Lain kali pun buleh. Cicha nak balik dulu lah ye. Assalammualaikum.'

Nenek Sani tersenyum. 'Waalaikumussalam'....

Sani hanya merenung Cicha. Cicha menghadiahkan sebuah jelingan maut pada Sani. Bukan bermakna jelingan persahabatan, tetapi jelingan peperangan!

'eleh.. macam aku takut. Nak jeling-jeling. Makin hodoh lah wajah kau bila jeling-jeling tu' Gerutu Sani sendirian sambil mencebek.

**********************************************************************
To be continue....
Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.