Followers

Untuk Tabung Pendidikan Anak2ku

Tuesday, February 19, 2013

Dia Ayla Chenta Zulikha (Sr.10)

Anis mengelap air matanya yang masih bersisa. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum

melepaskan sebuah keluahan yang amat berat.

Tengkingan majikannya tadi benar-benar menyentak hatinya.Dia sendiri tidak faham dengan perangai

majikannya itu sejak dua menjak ini. Berubah-ubah tidak tentu masa.

Tentu ada sesuatu yang menganggu fikiran majikannya itu.

Anis mengetap bibir. Wajah seorang gadis terbayang dimatanya. Gadis yang selalu merosakkan mood

majikannya. Tapi mengapa ya? Soalan itu berlegar-legar didalam kepalanya.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Segera diangkat kerana dia tidak mahu deringan itu

menambahkan amarah majikannya lagi.

 'Mr. Sani's Office. Good Afternoon.'

'Anis, Encik Sani ada meeting ye?' Suara Fiza, gadis penyambut tetamu kedengaran dicorong telefon.

' Ha'ah Fiza. Tapi 2.30 petang nanti lah.'

' Tetamu En.Sani dah sampai.'

Anis terus menelek jam tangannya. Awalnya?

'Ok. Tapi minta diaorang duduk dulu. Nnt I jumpa diaorang.'

'Ok'

Anis melepaskan keluhan. Harap-harap wajahnya tidak sembab kerana menangis tadi. Pintu bilik majikannya dipandang lama.

Tetiba terjegol majikannya dimuka pintu dan mereka berpandangan. Anis tersenyum tawar menutup rasa terperanjatnya.

Tanpa disangka Sani membalas senyuman itu. Dia melangkah keluar dari biliknya.

'En.Sani, Encik Riz dah sampai. Saya..'

'Saya tahu. Dia ada call saya tadi.'

Anis mengangguk.

'Saya akan masuk sekejap lagi. Minta Encik Riz tunggu dalam bilik meeting dulu. Saya nak ke gents sekejap.'

Anis mengangguk lagi dan matanya cuma memerhati langkah majikannya itu. Mempunyai rupa paras dan fizikal yang menjadi kegilaan wanita... mempunyai harta kekayaan. Namun, senyuman jarang ada pada raut wajah majikannya tadi. Dan senyuman majikannya itu tadi, membuatkan dia tertanya-tanya. Mengapa tiba-tiba dia tersenyum padahal sebelum itu bagaikan tiada perasaan belas bila dia diherdik tanpa usul periksa?

~bersambung~

Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.