Followers

Untuk Tabung Pendidikan Anak2ku

Sunday, September 18, 2011

Dia Ayla Chenta Zulika (Sr.6)

Sani meraup wajahnya berulangkali. Ingatannya tetap pada gadis yang memeluk Anis tadi. Adakah itu Ayla?
Dia mundar mandir didalam biliknya. Dia semakin kusut kerana jiwa semakin meronta2 ingin mencari Ayla. Fikirannya tetap tidak boleh lupakan Ayla walaupun dia cuba memadamkan ingatannya tentang Ayla. Difikirannya hanya tergambar wajah Ayla ketika dikampung. Tiada wajah mahupun memori baru tentang Ayla, tapi entah kenapa terlalu sukar dia membuang segalanya tentang gadis itu.

Dia berdengus keras. Dia terus ke balkoni rumahnya sambil memandang dada langit yang terbentang luas. Malam yang cukup indah. Bintang2 yang bertaburan di dada langit dan bercahaya indah.

'Sani!' jerit Ayla sambil merenung wajah Sani yang sedang mentertawakannya. Geram. Pedih lututnya tika itu akibat jatuh ditolak oleh Sani.

'Kenapa kau suka sangat kacau aku hah? Aku tak kacau pun hidup kau.' Ujar Ayla marah tapi bernada sayu. Sedih dirinya tidak habis2 dikenakan oleh Sani semenjak cucu manja Tok Salleh itu berpindah sekolah kekampungnya.

'Sebab aku suka tengok kau menangis. Muka tu dah buruk, bertambah buruk. Macam sponge basuh pinggan je.' jawab Sani sambil tergelak lagi. Rakan2nya si Lukman dan si Saiful turut tergelak.

Ayla mengetap giginya. Geram!

'Kau marah orang lain tapi kau nak lepaskan marah kau pada aku kan?!' terhambur juga rasa marah Ayla pada Sani.

Sani masih lagi tergelak.

Ayla bangun sambil mengibas2 kain sekolahnya. Peritnya lutut! Basikalnya di dirikan. Matanya merenung wajah Sani dan kawan-kawannya yang masih menyeringai.
Ayla menaiki basikalnya semula.

Tanpa disangka, Sani tiba-tiba menahan basikal Ayla sambil tersenyum nakal. Matanya merenung wajah Ayla.

'Kau nak apa lagi? Tepilah! aku nak balik!'

'Tadi kau kata aku nak lepaskan marah aku pada kau... marah apa?'
Soalnya sambil tersenyum sinis.

'Tepilah! aku nak balik.. jgn halang aku boleh tak?' jawab Ayla tanpa pedulikan soalan Sani.

'Aku nak kau bagitau aku.. apa maksud kau tadi??' tengking Sani.

'Mak Bapak kau hantar kau sekolah kat kampung ni sebab perangai kau macam setan. Kau tau setan? Harapan diaorang supaya kau berubah jadi manusia.. tapi diaorang salah..sebab kau tetap akan jadi setan sampai bila! Dan kau, tak sedar diri... spoil! dah tepilah!' jerit Ayla.

Tawa Sani berhenti. Berapi hatinya mendengar kata-kata Ayla. Lalu ditariknya rambut Ayla. Ayla terasa ingin tercabut segala rambutnya.

'Sakitlah Sani! lepaskan lahhhhhhh!' Ayla menahan kesakitan.

'Setan ye kau kata aku?? ni aku memang dah naik setan....' jerit Sani sambil terus menarik rambut Ayla. Ayla menangis. Lukman dan Saiful tergelak-gelak melihat perlakuan Sani. Terhibur sungguh mereka bila melihat Ayla menangis dan merayu pada Sani untuk melepaskannya.

'Hoi! korang buat apa tu hah?' terdengar suara sergahan seseorang dari belakang. Sani yang terperanjat segera melepaskan rambut Ayla, namun masih sempat menendang basikal Ayla sekuat hati sebelum melarikan diri bersama Lukman dan Saiful. Sekali lagi Ayla jatuh. Terdengar suara Ayla mengaduh kuat.

Sani memejam kan matanya. Terasa dirinya begitu kejam. Dia pun tidak tahu mengapa dia menjadikan Ayla sebagai sasarannya ketika itu. Walhal Ayla tidak bersalah apa-apa pada dirinya. Malah Ayla tidak sedikitpun membuka mulut ketika dia diasak soalan dari keluarganya terutama Ikram, abangnya. Dia tidak tahu kenapa Ayla merahsiakan namanya dan dua rakannya tika itu.
Tetapi, elepas itu pun, Sani masih tetap lagi menganggu Ayla. Dia tidak serik. Walaupun dia selalu terfikir kenapa Ayla tidak pernah mengadu kepada sesiapa pun pasal kelakuan Sani terhadapnya. Selepas SPM, Sani dijemput oleh ibu bapanya utk menetap dia Kuala Lumpur. Mula-mula dia gembira kerana merasakan hidupnya kembali seronok bila dapat bertemu rakan-rakan lama di Kuala Lumpur tetapi dia silap. Hidupnya selepas itu tiba-tiba dirasakan sunyi. Dia seolah-olah hilang sesuatu. Wajah Ayla senantiasa muncul dalam tidurnya. Dia tidak keruan. Dia tidak tenteram meskipun dia dikelilingi oleh rakan-rakannya malah diapit oleh ramai wanita cantik.Dia cuba bersuka ria dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan. Menari dan berpeleseran hingga awal pagi. Dia cuba untuk berseronok....tapi dia tetap rasa sunyi dan separuh dari dirinya hilang. Bila dia hendak melanjutkan pelajaran ke UK, entah mengapa, hatinya merasa hiba. Wajah Alya tanpa diduga muncul setiap hari diruang mata... nama Ayla tiba-tiba menjadi sebutan bibirnya. Dia merindui suara Ayla. Dia pulang ke kampung untuk bertemu datuk dan neneknya. Tetapi itu semata2 alasan kerana hakikatnya dia ingin bertemu Ayla! pelik.. tapi entah lah.
Dia rindukan gadis itu... itu yang dia rasa. Dia rindu gadis yang senantiasa disakiti, gadis yang senantiasa dia hina. Entah kenapa gadis itu yang mendapat tempat dihatinya. Kini walaupun sudah beberapa tahun berlalu... dia masih tidak dapat membuang Ayla dari ingatan dan hatinya... dan kini dia akui.... dia mencintai Ayla......

'Ayla.. dimanakah kau...?'

______________________________ To be continue _________________________________


Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

Monday, August 29, 2011

Dia Ayla Chenta Zulika (Sr.5)

 Sani melonggarkan tali lehernya. Sejak kebelakangan ini, perasaannya berkecamuk. Dia tidak tahu apakah punca hatinya jadi begitu. Jika disebabkan kerja, rasanya buat masa ni, tiada masalah. Dia menggaru-garu kepalanya. Dia melepaskan sebuah keluhan yang sangat berat. Dia tidak faham kenapa dia rasa tidak tenteram. Wajahnya diraup beberapa  kali. Dia mengeluarkan sebatang rokok. Niatnya untuk menyalakan api terhenti bila pintu biliknya diketuk.
Dia berdengus.
'Yes, coming'
Terpacul wajah anis dibalik pintu. Dia cuba tersenyum tapi niatnya terbantut melihat keadaan bossnya yang berserabut.
'Sorry ganggu boss.'
Sani mengangguk. Rokok dijarinya, dia main-main sambil matanya memandang wajah Anis. Tiada senyuman walaupun segaris.
'Boss ada apa-apa yang nak update dalam jadual tak? Especially for tomorrow.' Anis sudah bersedia untuk mencatat butiran.
Sani bersandar. Dia mengetuk2 rokok dijari pada kotak rokok seolah-olah sedang berfikir.
Sekali lagi dia melepaskan sebuah keluhan yang berat.
'I nak you cancel kan semua meeting I esok.'
Membulat mata bundar Anis.
'Cancel boss? are you sure?'
'Pernah ke I main-main?' Serius sahaja suara Sani tika itu. Anis terdiam.
'Err include appointment dengan Dato' Rashid. Please postponed to another date. Esok I tak masuk office'. Ujar Sani sambil bangun dari kerusinya.
Anis hanya mengangguk. Takut pula dia untuk terus bertanya. Nampaknya mood bossnya tidak berapa baik pada petang itu.
'I nak balik sekarang ni. Any calls, you just ambil message je. Kalau urgent sampai tak boleh tunggu I masuk kerja, then baru you call. Kalau tak, tak perlu call.'
Anis masih tidak bersuara. Dia seperti burung belatuk sahaja. Mengangguk..
'Yang you dari tadi mengangguk je ni kenapa?'
soal Sani sambil memandang Anis.
'Err takde apa boss.' Anis tersengeh.. kelat je sengehannya.
'Oklah, I balik dulu. Nanti jangan lupa lock pintu bilik I.' Ujar Sani sambil beredar meninggalkan Anis yang masih kaku dibiliknya.
Moody je lately nih Encik Sani ni...... gerutu Anis sambil mengemas meja bossnya yang berserepah sebelum keluar dan mengunci pintu bilik.

Sani mencampakkan rokok yang berada ditangannya. Matanya tercari-cari kelibat Pak Abu; pemandunya. Dia berdengus. Lambat! bentak hatinya. Hampir 10 minit dia menanti, Pak Abu masih tak muncul. Sakit hatinya semakin bertambah.

Orang tua ni kan..... gerutu hati kecil Sani sambil menekan nombor Pak Abu. Dua kali dia cuba menghubungi Pak Abu tapi tiada jawapan. Mukanya telah merona merah menahan marah.Rokok dikeluarkan dan dihisap. Berkepul-kepul asap di udara.
Dicuba sekali lagi. Terdengar suara lemah Pak Abu.
'Ya Encik Sani'
'Pak Abu kat mana? Saya dah tunggu lama kat bawah office ni.'
Suaranya agak keras.
Pak Abu gugup.
'Encik Sani, Pak Abu tak sihat hari ni. Rasanya Pak Abu dah bagitau Encik Sani malam semalam.' Terdengar Pak Abu batuk.
'Tapi kalau Encik Sani nak Pak Abu datang jemput, Pak Abu datang sekarang'. sambungnya.
Air muka Sani berubah. Dia memicit2 dahinya. Macammana dia boleh lupa yang dia memandu sendiri pagi tadi?'
'Encik Sani tunggu kejap ye. Kejap lagi Pak Abu datang.'
'Eh Pak Abu. Tak payah lah. Sorry, saya lupa yg pagi tadi saya drive sendiri. Pak Abu rehat lah ye' Sani rasa bersalah pula dengan Pak Abu. Dia sememangnya terlupa betul tentang kesihatan Pak Abu.
'Encik Sani kalau nak Pak Abu ambil, Pak Abu datang..' Gusar Pak Abu jika majikannya itu masih lagi marah.
'Tak apa Pak Abu. Saya boleh balik sendiri. Sorry. Pak Abu rehat lah ye. Assalammualaikum.'
'Waalaikumsalam'.
Sani menggeleng2kan kepala. Dia terus masuk ke dalam bangunan dan menuju ke lif untuk ke basement.
Pintu lif terbuka dan keluar seorang gadis yang agak manis wajahnya. Entah apa yang menarik pada gadis tersebut pun, Sani tak tahu. Tapi Sani terpana pada kemanisan rupa gadis tersebut sehingga lif tertutup sendiri. Sani berdecit kerana terlepas lif. Ada sesuatu pada gadis tersebut. Tapi Sani tidak pula mengenali gadis tersebut. Dia masih menoleh memandang langkah gadis tersebut. Gadis tersebut leka dengan telefonnya. Melihat gadis tersebut, Sani menjadi sayu. Dia tiba-tiba teringatkan Ayla... gadis yg berjaya bertapak dihatinya. Dimanakan kau Ayla......fikirnya sambil ingin melangkah kedalam perut lif...

'Ayla...'
Langkah Sani terhenti bila mendengar jeritan nama itu.
Dia menoleh. Gadis tersebut menoleh kearah suara yang memanggil namanya. Dia kelihatan sangat riang sambil berlari anak dan memeluk seorang gadis... ya seorang gadis yang dia kenali.. Anis?
Riuh suara tawa mereka sambil berpelukan. Mungkin mereka lupa dimana mereka tika itu.
Adakah gadis itu Ayla yang dicari atau cuma namanya sama dengan gadis kesayangannya? Adakah kerana ini hatinya tidak keruan dalam dua tiga hari ini??
To be continue..



Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

Monday, August 8, 2011

Dia Ayla Chenta Zulika (Sr.4)

Irfan menyedut kuat rokoknya sebelum melepas asap berkepol2 ke udara. Dia melihat jam ditangan. Resah. Dia menyedut sekali lagi rokok ditangan. Kemudian, asap dilepaskan sekali lagi. Tiba2 matanya tertacap pada seseorang tanpa berkelip. Dia tersenyum meleret.

Cantik sungguh gadis pujaan hatinya ini. Berbaju kurung pink. Rambut yang melepasi bahu dilepaskan dan terbuai-buai ditiup angin. Bergegar jantung Irfan tatkala melihat gadis pujaannya tersenyum sambil bergurau senda dengan rakannya. Walaupun senyuman itu bukan ditujukan buatnya, tapi dia bahagia melihat gadis tersebut ceria. Alangkah indahnya jika gadis itu menjadi miliknya....

Hilang sedikit rindu dihatinya tika ini. Tiba2 telefon bimbitnya berbunyi. Dia berdengus. Nama Mira, setiausahanya timbul di skrin telefon bimbitnya. 

'Hmmm.. Today? I thought the meeting is cancelled? Oh.. Ok ok.. Please reschedule the time of meeting. I will be slightly late. Yes, 3.30 will be good. Thank you.'

Mata Irfan mencari2 gadis itu semula. Tapi tiada. Irfan memukul stereng keretanya sambil berdengus. Menyesal kerana menjawab panggilan setiausahanya. Jika tidak, pasti dia tidak terlepas pandang pada gadis yang benar2 telah mencuri hatinya...

_____________________________________________________________

To be continue..

Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

Wednesday, May 18, 2011

Dia Ayla Chenta Zulika - [Sr 3]

Ayla menatapi wajahnya dicermin.
Benar kata orang. Dia tidak cantik. Dia huduh. Dia bukan pilihan lelaki. Kulitnya tak cerah. Hidung pesek. Siapa je yang nak dia?
Mungkin sebab itu sani membencinya. Atau Sani sememangnya tak suka dengan budak kampung sepertinya?

'Ayla'
Tiada jawapan
'Ayla Chenta Zulika'
Ayla tersentak. Jauh benar lamunannya. Dia tersenyum melihat wajah Riz di pintu pejabatnya.
'Jauh menung. Ingatkan Riz ke?'
Riz tersengeh menampakkan susunan barisan gigi yang cantik.
Ayla tersenyum.
'Orang tua2 kata, kalau diam maksudnya betul.'
Riz menyakat lagi.
Ayla menggeleng2kan kepalanya.
'Riz kalau tak menyakat Ayla, tak senang hidup Riz kan?'
'Tahu takpe.'
Kata-kata Riz membuatkan Ayla tersenyum manis.
Nakal!
'So macamana?'
Ayla mengerutkan dahi. Tidak faham.
Riz melepaskan keluhan... kemudian muncung..Ayla tergelak kecil melihat lelaki didepannya ini. Nampak sasa, tapi jiwanya keanak-anakkan...
'Sorry, Ayla betul-betul tak ingat Riz. Boleh tolong ingatkan Ayla tak?' pujuk Ayla.
Riz kini duduk dihadapan Ayla. Direnungnya wajah Ayla. Ayla tidaklah secantik Lydia, bekas tunangnya... tapi wajahnya tetap tak jemu dipandang. Seakan ada sesuatu yang menarik pada Ayla. Ikutkan hati, mahu saja setiap hari dia merenung Ayla sebegitu.
'Riz!' Ayla membulatkan matanya sambil memetik jari dihadapan mata Riz.
Riz tersentak dan tersenyum.
'Emmmm, tak ada apa-apalah Ayla. Maybe next time lah'
Ujar Riz berlalu meninggalkan Ayla yang terkebil-kebil memerhatikan sikap peliknya. Ayla menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian meneruskan kerjanya yang tergendala.
Baru dia ingin menaip, tiba2 kepalanya menerawang semula memikirkan tentang Sani.
Ah! lelaki itu sedang mencari kesempurnaan. Dan aku bukan sebahagian darinya.
Ayla memejamkan matanya dan cuba mengeluarkan Sani dari fikirannya tetapi lagi kuat dia mahu melupakan Sani, lagi kuat pula wajah Sani yang dia terbayang...benci!



Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

Tuesday, April 5, 2011

Cerpen : Dia Ayla Chenta Zulika [Sr 2]

Mira tersenyum manja melihat bos barunya. Kacak, segak dan menarik. Tapi itu tidak penting. Yang paling penting, bos barunya adalah anak Pemilik Syarikat tersebut!
Dibetul-betulkan rambut dan skirt pendeknya. Wajahnya ditelek dicermin. Takut sekiranya wajahnya ada celaan atau dia perlu touch up semula.
'Perfect'.. detik hatinya sambil mengukir senyuman. Ya, senyuman gatal. Dia pandang kiri kanan melihat kalau-kalau ada yang memandangnya. Ternyata orang lain sedang membuat kerja sedangkan dia menyiapkan diri untuk mengumpan 'ikan besar' yang ada didepan mata.

'hey Nyah, kenapa senyum sorang-sorang ni?'
Terpacul Zizi tiba-tiba. Senyumannya meleret.
'Kau ni Zizi, buat terperanjat aku je lah.'
Zizi tersenyum sambil menutup mulut. Ah! lakonan betul senyuman kau tu zizi. Sopan lah konon. Kalau dah jantan, buat je lah gaya jantan. Ini tidak, ada hati nak jadi perempuan!
'Nyah, aku nak gosip-gosip dengan kau ni. Kau nak dengar tak?'
Mira berdengus.
'Nyah nyah.. aku perempuan lah. Bukan Nyah cam kau.'
Zizi ketap gigi.
'Hey perempuan, aku ganyang-ganyang mulut kau nanti baru tau. Kau nak dengar tak gosip aku ni?'
Mira tergelak melihat Zizi bercakap. Naik senget-senget mulutnya bila bercakap.
'Gelak pulak. Nak dengar ke tak? Aku siram jugak dengan air perempuan ni nanti...'
Mira mengangguk-angguk.
Zizi mengerling kiri dan kanan.
'Boss kau tu handsome, segak, bergaya.. tapi dia macam tak bernafsu je'
'heyyyy.. kau ni nyah, tak sayang mulut tau .... kalau dia dengar. Mati kau tau'
Zizi tersengeh
'Tak lah. Aku tengok dia tak macam si Fendy..boss lama kau tu. Jangan kata kau, aku pun dia tengok bernafsu' Zizi terhenti dan tergelak kecil
kemudian sambung
'Tapi boss baru kau ni, jgn kan aku.. kau yang montok dan putih gebu jadi kegilaan lelaki..err kecuali aku lah kan... tak dipandangnya...Jangan2 dia spesis aku nyah..'
gelak besar zizi
Mira menepuk bahu zizi sebagai syarat merendankan tonasi suaranya
'awwwwwwww..sakit lah!' marah zizi
Mira membulatkan mata menunjuk bilik bos barunya.
'Gelak perlahan2 lah. Kang mengamuk pulak bos baru aku tu. Punah harapan aku....'
'Harapan? kau ada plan baik ke pompuan?'
Mira tak menjawab. Tapi tersenyum dengan penuh makna.

*********************************************************************************
To be continue
Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

Wednesday, March 30, 2011

Cerpen : Dia Ayla Chenta Zulika

'Cinta. Apa makna cinta? Pada kamu? Ya, mungkin Cinta itu adalah suatu perasaan yang sukar ditafsirkan rasanya. Ia bisa membuatkan kita terbuai-buai dengan mimpi indah walaupun sewaktu disiang hari.
Tetapi apa pula maknanya pada aku? Padaku cinta bermaksud Ayla Chenta Zulika. Ya, Ayla Chenta Zulika Zulkifli. Agak unik nama itu kan? Kerana dia, malam ku lena. Kerana dia aku terperuk lama dalam bilik air. Kerana dia aku makan berpinggan-pinggan. pelik kan?'
Sani tersenyum sendirian sambil teringat kembali diawal pertemuan antara dirinya dengan gadis pujaan hatinya.

Tika pertama kali Sani melihat Ayla Chenta Zulika, dia baru berusia 9 tahun dan Sani berumur 12 tahun. Ayla Chenta Zulika yang di panggil sebagai Cicha adalah anak jiran neneknya. Berkulit agak gelap, bermata bulat dan hidungnya agak comel namun mancung. Rambutnya yang lurus dan sedikit keperangan jarang diikat. Kalau ikutkan, Cicha tak lah lawa atau setanding kawan-kawan perempuan Sani di Kuala Lumpur. Namun, entah lah. Pertama kali Sani nampak Cicha, Sani dah rasa ada sesuatu yang istimewa pada Cicha. Cuma Sani tak tahu apa.

Sebenarnya, Sani dihantar pulang ke kampung sempena cuti sekolah pada mulanya memberontak bila dipaksa tinggal dikampung. Hanya kerana kesalahan kecil dia dihukum untuk tinggal bersama datuk dan neneknya walhal dia tidaklah rapat dengan mereka.
Segala kata2 datuk atau neneknya, tidak didengari. Sani juga akan bercakap bila dia rasakan perlu sahaja.

Suatu petang datuk Sani ingin ke kebun. Lalu diajaklah Sani. Sani tidak menjawab walau sepatah. Matanya tetap memandang televisyen. Datuk Sani memujuk kerana merasa kasihan melihat cucu tunggalnya itu berkurung saja didalam rumah semenjak sampai dikampung.

'Sani kata taknak, means taknak lah! Atuk tak faham ke?'

Tinggi suara Sani menjawab bila dia merasa dirinya dipaksa. Menggeleng kepala datuk sani. Namun masih bersabar dengan kerenah cucu tunggalnya itu.

'Jom lah ikut atuk. Boleh Sani tengok dusun kita. Sani pun dah lama tak tengok dusun atuk tu kan.'

Sani merenung wajah datuknya sambil berdengus. Tanpa bersuara, dia bingkas bangun dan meninggalkan datuknya yang masih menunggu jawapannya.

Sani duduk di beranda rumah. Wajah yang nampak marah, berkerut-kerut sambil merenung kanak-kanak kecil bermain disebelah rumah.
Datuk Sani keluar dan menjengah cucunya. Tersenyum melihat perangai cucunya itu. Tak tumpah seperti bapa Sani iaitu anak lelakinya.

'Takde macam ni, Sani tak nak ikut atuk ke kebun tak pe lah. Atuk pergi sendiri. Tapi Sani jangan pula merayau2 kat kampung ni. Sani baru lagi kat sini. Nanti sesat. Nenek kejap lagi menyusul atuk. Jadi, takde orang lain kat rumah ni. Sebelum Maghrib, atuk dengan nenek balik lah ye'.

Sani mengerling memandang datuknya yang sudah menaiki motor. Hatinya puas memperlakukan datuknya sebegitu. Dia tersenyum sendirian. Lagi banyak dia sakiti hati datuk dan neneknya, lagi cepat dia dapat balik kerumahnya semula. Dia suka!

'Assalammualaikum'......
Sani tersentak. Dia menoleh. Ada seorang budak perempuan yang sedang memegang sebuah piring berisi sesuatu. Dia tersenyum manis.

'Nak apa?' jawab Sani tanpa menjawab salam. Kasar. Terus mati senyuman budak perempuan itu.

'Tuk Salleh ada tak?'  Kasar je bunyik suara budak perempuan tu pula.

'Takde. Dia pergi kebun.' Sani pun tidak mengalah. Tetap memperdengarkan suara kasarnya.

' Nek Ani?'

'Pun tak ada.' Jawab Sani. Masih lagi kasar.

Selesai je Sani menjawab, nenek Sani keluar ke beranda.

Budak perempuan tu memandang Sani. 'Penipu' gerutu hatinya.

'Assalammualaikum Nek Ani...'

'Waalaikumussalam. Eh Cicha... bila datang? Naik lah.' pelawa nenek Sani.

'Eh takpe lah nek. Ni hah. Mak Cicha suruh bagi kuih ni kat nenek.' ujar budak perempuan tersebut sambil menghulukan sepiring kuih.

Nenek Sani tersenyum dan menyambut piring tersebut. Kuih kaswi. Kegemaran datuk Sani.

'Terima kasih. Allah, nenek tak de pula buat kuih petang ni. Kalau tidak, boleh nenek balas. Tunggu kejap ye, nenek tukar piringnya.'

'Takpe lah nek. Lain kali pun buleh. Cicha nak balik dulu lah ye. Assalammualaikum.'

Nenek Sani tersenyum. 'Waalaikumussalam'....

Sani hanya merenung Cicha. Cicha menghadiahkan sebuah jelingan maut pada Sani. Bukan bermakna jelingan persahabatan, tetapi jelingan peperangan!

'eleh.. macam aku takut. Nak jeling-jeling. Makin hodoh lah wajah kau bila jeling-jeling tu' Gerutu Sani sendirian sambil mencebek.

**********************************************************************
To be continue....
Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

Tuesday, January 11, 2011

I'm Sorry

Salam...
Maaf, tiada cerita, cerpen mahupun novel bersiri yang dapat dihasilkan / dibuat pada tika ini. Cerita ada tapi mood menulis masih tiada lagi.
Semasa membuat blog ini, semangat berkobar2 untuk berkarya.... tapi entah....kemana pulak mood ini pergi tatkala cerita sudah ada....
Mgkn kerana kesibukan dan keletihan menguruskan anak2.... CIK MOOD ilang sementara. :0)
Nantilah.. bila sudah balik CIK MOOD ini... jari jemari ini pasti lenguh menari diatas papan kekunci dan otak akan sentiasa bekerja meskipun sedang tidur!
Jangan berhenti dari menjenguk blog ini ok....Thanks!

Sticky note:
Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.