Cantik sungguh gadis pujaan hatinya ini. Berbaju kurung pink. Rambut yang melepasi bahu dilepaskan dan terbuai-buai ditiup angin. Bergegar jantung Irfan tatkala melihat gadis pujaannya tersenyum sambil bergurau senda dengan rakannya. Walaupun senyuman itu bukan ditujukan buatnya, tapi dia bahagia melihat gadis tersebut ceria. Alangkah indahnya jika gadis itu menjadi miliknya....
Hilang sedikit rindu dihatinya tika ini. Tiba2 telefon bimbitnya berbunyi. Dia berdengus. Nama Mira, setiausahanya timbul di skrin telefon bimbitnya.
'Hmmm.. Today? I thought the meeting is cancelled? Oh.. Ok ok.. Please reschedule the time of meeting. I will be slightly late. Yes, 3.30 will be good. Thank you.'
Mata Irfan mencari2 gadis itu semula. Tapi tiada. Irfan memukul stereng keretanya sambil berdengus. Menyesal kerana menjawab panggilan setiausahanya. Jika tidak, pasti dia tidak terlepas pandang pada gadis yang benar2 telah mencuri hatinya...
_____________________________________________________________
To be continue..
Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.
No comments:
Post a Comment