Followers

Untuk Tabung Pendidikan Anak2ku

Sunday, September 18, 2011

Dia Ayla Chenta Zulika (Sr.6)

Sani meraup wajahnya berulangkali. Ingatannya tetap pada gadis yang memeluk Anis tadi. Adakah itu Ayla?
Dia mundar mandir didalam biliknya. Dia semakin kusut kerana jiwa semakin meronta2 ingin mencari Ayla. Fikirannya tetap tidak boleh lupakan Ayla walaupun dia cuba memadamkan ingatannya tentang Ayla. Difikirannya hanya tergambar wajah Ayla ketika dikampung. Tiada wajah mahupun memori baru tentang Ayla, tapi entah kenapa terlalu sukar dia membuang segalanya tentang gadis itu.

Dia berdengus keras. Dia terus ke balkoni rumahnya sambil memandang dada langit yang terbentang luas. Malam yang cukup indah. Bintang2 yang bertaburan di dada langit dan bercahaya indah.

'Sani!' jerit Ayla sambil merenung wajah Sani yang sedang mentertawakannya. Geram. Pedih lututnya tika itu akibat jatuh ditolak oleh Sani.

'Kenapa kau suka sangat kacau aku hah? Aku tak kacau pun hidup kau.' Ujar Ayla marah tapi bernada sayu. Sedih dirinya tidak habis2 dikenakan oleh Sani semenjak cucu manja Tok Salleh itu berpindah sekolah kekampungnya.

'Sebab aku suka tengok kau menangis. Muka tu dah buruk, bertambah buruk. Macam sponge basuh pinggan je.' jawab Sani sambil tergelak lagi. Rakan2nya si Lukman dan si Saiful turut tergelak.

Ayla mengetap giginya. Geram!

'Kau marah orang lain tapi kau nak lepaskan marah kau pada aku kan?!' terhambur juga rasa marah Ayla pada Sani.

Sani masih lagi tergelak.

Ayla bangun sambil mengibas2 kain sekolahnya. Peritnya lutut! Basikalnya di dirikan. Matanya merenung wajah Sani dan kawan-kawannya yang masih menyeringai.
Ayla menaiki basikalnya semula.

Tanpa disangka, Sani tiba-tiba menahan basikal Ayla sambil tersenyum nakal. Matanya merenung wajah Ayla.

'Kau nak apa lagi? Tepilah! aku nak balik!'

'Tadi kau kata aku nak lepaskan marah aku pada kau... marah apa?'
Soalnya sambil tersenyum sinis.

'Tepilah! aku nak balik.. jgn halang aku boleh tak?' jawab Ayla tanpa pedulikan soalan Sani.

'Aku nak kau bagitau aku.. apa maksud kau tadi??' tengking Sani.

'Mak Bapak kau hantar kau sekolah kat kampung ni sebab perangai kau macam setan. Kau tau setan? Harapan diaorang supaya kau berubah jadi manusia.. tapi diaorang salah..sebab kau tetap akan jadi setan sampai bila! Dan kau, tak sedar diri... spoil! dah tepilah!' jerit Ayla.

Tawa Sani berhenti. Berapi hatinya mendengar kata-kata Ayla. Lalu ditariknya rambut Ayla. Ayla terasa ingin tercabut segala rambutnya.

'Sakitlah Sani! lepaskan lahhhhhhh!' Ayla menahan kesakitan.

'Setan ye kau kata aku?? ni aku memang dah naik setan....' jerit Sani sambil terus menarik rambut Ayla. Ayla menangis. Lukman dan Saiful tergelak-gelak melihat perlakuan Sani. Terhibur sungguh mereka bila melihat Ayla menangis dan merayu pada Sani untuk melepaskannya.

'Hoi! korang buat apa tu hah?' terdengar suara sergahan seseorang dari belakang. Sani yang terperanjat segera melepaskan rambut Ayla, namun masih sempat menendang basikal Ayla sekuat hati sebelum melarikan diri bersama Lukman dan Saiful. Sekali lagi Ayla jatuh. Terdengar suara Ayla mengaduh kuat.

Sani memejam kan matanya. Terasa dirinya begitu kejam. Dia pun tidak tahu mengapa dia menjadikan Ayla sebagai sasarannya ketika itu. Walhal Ayla tidak bersalah apa-apa pada dirinya. Malah Ayla tidak sedikitpun membuka mulut ketika dia diasak soalan dari keluarganya terutama Ikram, abangnya. Dia tidak tahu kenapa Ayla merahsiakan namanya dan dua rakannya tika itu.
Tetapi, elepas itu pun, Sani masih tetap lagi menganggu Ayla. Dia tidak serik. Walaupun dia selalu terfikir kenapa Ayla tidak pernah mengadu kepada sesiapa pun pasal kelakuan Sani terhadapnya. Selepas SPM, Sani dijemput oleh ibu bapanya utk menetap dia Kuala Lumpur. Mula-mula dia gembira kerana merasakan hidupnya kembali seronok bila dapat bertemu rakan-rakan lama di Kuala Lumpur tetapi dia silap. Hidupnya selepas itu tiba-tiba dirasakan sunyi. Dia seolah-olah hilang sesuatu. Wajah Ayla senantiasa muncul dalam tidurnya. Dia tidak keruan. Dia tidak tenteram meskipun dia dikelilingi oleh rakan-rakannya malah diapit oleh ramai wanita cantik.Dia cuba bersuka ria dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan. Menari dan berpeleseran hingga awal pagi. Dia cuba untuk berseronok....tapi dia tetap rasa sunyi dan separuh dari dirinya hilang. Bila dia hendak melanjutkan pelajaran ke UK, entah mengapa, hatinya merasa hiba. Wajah Alya tanpa diduga muncul setiap hari diruang mata... nama Ayla tiba-tiba menjadi sebutan bibirnya. Dia merindui suara Ayla. Dia pulang ke kampung untuk bertemu datuk dan neneknya. Tetapi itu semata2 alasan kerana hakikatnya dia ingin bertemu Ayla! pelik.. tapi entah lah.
Dia rindukan gadis itu... itu yang dia rasa. Dia rindu gadis yang senantiasa disakiti, gadis yang senantiasa dia hina. Entah kenapa gadis itu yang mendapat tempat dihatinya. Kini walaupun sudah beberapa tahun berlalu... dia masih tidak dapat membuang Ayla dari ingatan dan hatinya... dan kini dia akui.... dia mencintai Ayla......

'Ayla.. dimanakah kau...?'

______________________________ To be continue _________________________________


Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

No comments:

Post a Comment