Followers

Untuk Tabung Pendidikan Anak2ku

Saturday, November 3, 2012

Dia Ayla Chenta Zulikha (Sr.7)

Tidurnya yang lena agak terganggu dengan bunyi deringan telefon. Dengan mata yang masih terkatup rapat, tangannya masih jua dapat mencapai telefon bimbit yang terletak dimeja sudut berdekatan dengannya.

'Hello' Jawabnya agak kasar. Mungkin bengang kerana tidurnya diganggu.

'Hello dear.' suara yang cukup lemak merdu bersuara dicorong telefon. Sani mengeluh. Suara Shasha yang cukup manja itu amat dikenali.

'You kat mana sayang? I cari you the whole day tau. I call your office then your secre...'

'You cari I kenapa?' kata-kata Shasha dipintas oleh Sani acuh tak acuh. Malas melayan kerenah gadis yang tidak habis-habis mengejarnya. Atau lebih tepat, hartanya.

'You ni kenapa? dah lama kita tak jumpa. You boleh tanya kenapa I cari you? You tahu kan I rindu kat you? Tapi you boleh buat derkkkk aje. Or.... you ada perempuan lain sekarang? Better you beritahu I Sani.. You ada perempuan lain ye??!'

Mata Sani membulat. Hilang rasa kantoknya.

'Apa yang you merepek ni? I rasa baru last week I jumpa you kat kelab. Apa yang lamanya?'Suara Sani mula meninggi.
'You..... last week, bukan semalam. Ni you kat mana? I nak jumpa you sangat-sangat. I rindu dengan you tau.' Suara mula kendur dan merengek manja.

Sani mengeluh. Susah kalau bercakap dengan manusia yang tidak faham bahasa.

'Sorry lah Shasha, I rasa I memang tak boleh jumpa you buat masa ni. Lagipun, I busy. Kalau free, I call you, okay?' Suara Sani mula mengendur. Bertegang leher dengan gadis yang bernama Nik Natasya Lidya ni memang takkan ada kesudahan.

'You tu busy memanjang aje. Macam nak melarikan diri dari I pula. You wont do that to me, right sayang?'

Sani berdengus kecil. Dia menepuk-nepuk dahinya. Mengapalah dia berjumpa dengan gadis ini?? Gadis yang berkelulusan tinggi tetapi tahap kebodohon lebih tinggi lagi!

'Shasha, can we talk about it later?' Ucapnya perlahan.

'Why kita tak boleh cakap sekarang? Come on Sani. I really want to see you. I go to your place now.'

Sani membeliakkan mata. Gila ke dia ni?!

'Shasha, are you crazy? In the middle of night? Jangan mengarut lah. My family are here! Better you balik rumah, tidur. Lagipun I letih sangat-sangat sekarang ni and I need a rest. I'll call you tomorrow okay?'

'Tak nak! I want to see you now sayang.. Pleaseeeeee?'

'Shasha... I've said I'll call you tomorrow okay?' Suara Sani sudah mula bergetar menahan marah.

'What's your problem Sani? Before this, you tak kisah pun kalau I datang ke rumah you, and now why you...'

'Sha..... if you insist to come and keep on pushing me, maybe you won't see me forever. Is that you want?'
 Shasha menggigit bibirnya. Terkedu dengan kata-kata Sani. Tidak! dia tidak bersedia untuk kehilangan Sani.

'Sayanggg! dont say like that... I'm... I'm sorry sayang. Okay, i'll wait for your call. You call me nanti ye sayang. I love you sayang..'

Sani tidak membalas kata-kata Shasha dan terus menekan punat cancel.

'Rubbish!' gerutunya.

Dia cuba untuk melelapkan matanya namun tidak berjaya. Dia berdengus kuat. Ini semua angkara Shasha!

Dia bingkas bangun dan terus membuka lampu dimejanya. Jam dilihat. 3 pagi? Sani meraup wajahnya. Dia terus turun dari katilnya dan melangkah keluar ke balkoni rumahnya. Tenang dirasakan diwaktu itu pabila melihat bintang yang bertaburan didada langit.

'Wei Alya! Kau sini kejap' Jerit Sani bila ternampak kelibat Alya yang melalui halaman rumah neneknya. Alya yang berbaju kurung pesak dan berselendang menoleh memandang Sani. Dahinya berkerut bila melihat Sani sedang berdiri mencekak pinggang diatas serambi rumah neneknya.

'Nak apa?' Jawab Alya dari kejauhan. Malas dia nak melangkah mendekati Sani. Entah apa lagi yang Sani akan buat.

'Aku kata sini, sini lah!' Arah Sani kasar.

'Aku nak balik lah. Dah malam. Esok je lah kau cakap.' Ucap Alya sambil melangkah. Tanpa Alya sangka, Sani melompat turun dari serambi tersebut. Dia berlari mendapatkan Alya. Langkah Alya terhalang bila Sani kini berada dihadapannya. Matanya merenung tajam wajah Alya dari kepala hingga kehujung kaki.

'Comel' detik hati kecil Sani.

Alya menarik muka masam.

'Sarip dol betul dia ni. Entah apa yang dia nak agaknya!' bentak hati kecil Alya.

'Kau dari mana malam-malam ni?' Soal Sani sambil berdiri gaya ala-ala samseng.

Alya tidak menjawab.

'Eh, aku tanya ni. Kau pekak ke? Kau ingat muka kau cantik sangat buat macam tu? Dah macam muncung cencorot je aku tengok.'

Alya menjeling.
'Aku balik dari rumah Saripah' Jawab Alya perlahan. Takut pula dia bila lihat cara Sani merenungnya.

'Buat apa?' Soal Sani lagi.

Kening Alya bertaut. 'Apasal sibuk nak tahu ni?' soal Alya pula.

'Saja nak tahu. Apsal, tak boleh?' Soal Sani keras.

Alya menundukkan kepalanya memandang tanah. Bukan dia tidak kenal Sani.Sentiasa mencari kesalahannya sedangkan dia tidak tahu dosa apa yang telah dia buat sehingga Sani begitu membencinya.

'Aku bincang dengan Saripah. Nak mohon course apa dekat Universiti nanti.'

Tidak semena-mena Sani tergelak besar bila mendengar kata-kata Alya.

'Apsal kau gelak?' Soal Alya bengang.

'Kau tu baru nak ambil PMR. Bukan SPM. Faham?'

Alya terdiam.

'Tak salahkan kalau kami nak bincang awal-awal.Boleh target subject apa yang wajib score nanti. Pastu kelas....'

'Dah dah dah.. kau jangan nak berangan lebih.' Sani memotong kata-kata Alya.
'Aku tengok muka kau tokoh duduk rumah.Tu corok dapur mak kau tu hah. Kau takkan dapat masuk Universiti pun. Jangan kata Universiti, Institut latihan pun tak layak. Kau duduk tunggu orang meminang jelah.'

Alya menggetap bibir. Geram dengan kata-kata Sani yang memandang rendah terhadapnya.Dia tahu dia tidak sebijak Sani namun dia berusaha untuk mendapat keputusan yang baik ketika peperiksaan. Sebab itu dia berbincang dengan rakan baiknya Saripah untuk menumpukan pada pelajaran terutama subjek yang berkaitan dengan pilihan kursus diUniversiti nanti. Dua tahun bukan masa yang singkat namun ia juga bukan masa yang panjang. Dari sekarang lah harus berusaha gigih.

Sani tergelak bila melihat wajah Alya merona merah.

'Kau nampak bintang kat langit tu tak?' Soal Sani sambil menunjuk ke dada langit

Alya tidak mendongak memandang tempat yang Sani tunjukkan.

'Aku tanya kau, kau nampak tak bintang kat langit tu?' Soalnya lagi, keras.

Alya berdengus. Dia mendongak memandang dada langit seperti yang ditunjukkan oleh Sani.

'Nampak'. Jawab Alya sepatah.

'Tu umpama universiti yang kau nak capai. Kau rasa kau boleh gapai bintang tu, tapi sebenarnya kau tak mampu.'

Alya menjeling

'Dah lah. Aku nak balik.' Jawab Alya tanpa memperdulikan kata-kata Sani.

'Ada aku kata kau boleh balik?' Soal Sani sambil menghalang jalan Alya.

'Kau nak apa dengan aku sebenarnya hah?'

'Kau rasa?' Soal Sani sambil tersenyum nakal.

'Dah tepi lah!' Gerutu Alya sambil menolak kuat tubuh Sani sehingga Sani hampir-hampir terduduk.

Alya berlari selaju yang mungkin meninggalkan Sani yang sedang kemarahan.

'Kau takkan dapat bintang tu Alya! Takkan!'

Mata Sani merenung kembali ke dada langit. Kejam dirinya ketika itu. Ego benar dirinya tatkala itu. Alya tiada salah padanya, namun entah kenapa, dia suka menyakiti hati gadis itu..Dia suka melihat reaksi gadis itu terhadapnya. Dia suka melihat kemarahan gadis itu.Entah kenapa!!

'Aku silap Alya.. Bukan kau yang tak dapat menggapai bintang dilangit tu.. Tapi aku....ya, aku. Kau sebenarnya bintang kat langit tu Alya.Terlalu sukar untuk aku gapai.... sampai sekarang....'
Sani melepaskan keluhan yang dalam. Angin malam menggigit2 kulitnya. Dingin terasa. Dia melangkah longlai masuk semula kedalam biliknya dengan ingatan yang mendalam terhadap Alya...


Bersambung!

Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

No comments:

Post a Comment