Followers

Untuk Tabung Pendidikan Anak2ku

Monday, November 12, 2012

Dia Ayla Chenta Zulikha (Sr.9)

Sani sedang tekun membuat kerja pabila deringan telefonnya yang tidak berhenti-henti mengganggu kerjanya.

Pada mulanya dia tidak memperdulikan deringan tersebut, namun bila ia bunyi berulangkali, Sani menjadi berang. Dia berjalan keluar biliknya mencari kelibat setiausahanya; Anis. Namun kelibat gadis itu tidak kelihatan. Dia berdengus.

Telefon masih lagi berdering.

'Hello'

'Hello sayang....'

Sani berdengus. Dia menekan kepalanya pabila mendengar suara Shasha.

'You busy ke hari ni? I tunggu you call, tapi you tak call I pun. Dua hari I tunggu.Kenapa sayang?'

'I busy.' Jawab Sani acuh tak acuh sambil bersandar dikerusinya.

'You nak elakkan diri dari I ye? Why dengan you lately ni sayang? Apa salah I pada you sampaikan you ignore I macam ni?'

Sani melepaskan keluhan.

'I busy. Tu je. Bukan ignore you pun. I hope you'll understand.' Jawab Sani dengan suara yang mendatar. Bukan dia tidak kasihan melihat gadis itu berusaha mencarinya, namun entah mengapa, hatinya menjerit untuk melupakan seketika kehidupan sosialnya. Semuanya kerana satu nama... Ayla.

Dulu nama itu pernah dapat dilupakan, namun entah kenapa, sejak kebelakangan ini, nama itu kembali segar diingatannya. Dan rasa rindu yang meluap-luap wujud kembali.

'You still there sayang?'

Sani tersedar dari lamunan.

'Yes Sha...Sha...look, I have to go now.. I need to do something. Next time we talk again okay?' Suara Sani perlahan namun ada nada memujuk.

'Sayang...I know you are busy, but can I met you about half an hour? I go to your office now.'

'Sha, No.... I have a work to do. Some more, I need to attend  a meeting after this. I'll promise, I will call you later. Okay?' Sani masih lagi merendahkan suara. Dia tahu, Shasha tidak akan mengalah kali ini, tambahan pula selepas dia mungkir janji untuk menelefon kembali Shasha dua hari lepas.

Shasha diam. Terdengar tangisannya dicorong telefon. Sani mengeluh perlahan.

'Sha, I call you tonight. Please don't cry.' Sani cuba memujuk walaupun benteng kesabarannya hampir hilang.

'Promise sayang?' Soal Shasha dalam tangisan.

'Yes, I'm promise.'

'Thanks'. Jawab Shasa sedikit gembira.

'Bye-bye sayang. I love you.'

'Bye'. Jawab Sani sambil terus meletak ganggang telefon. Dia meraup wajahnya. Tiba-tiba terdengar ketukan dipintunya. Anis dimuka pintu. Sani memberi renungan tajam pada Anis. Belum sempat Anis membuka mulut, Sani mula menjerkah.

'Where have you been? You know that I'm so damn busy here, but you are not at your place. My phone keep on ringing and I thought you can answer it,but are you assume that I will answered it by myself? Don't I tell you earlier that I don't want to receive any calls today?'
Wajah Sani menyinga dan suara garaunya bergema kuat membuatkan wajah Anis pucat. Ada airmata ditubir matanya namun ditahan supaya tidak mengalir. Tidak terkeluar walaupun sepatah perkataan dari mulutnya itu.

Melihat wajah pucat Anis, Sani berdengus. Lagi yang membuatkan dia marah, Anis tidak menjelaskan apa-apa pun mengapa dia tiada ditempat ketika telefonnya berdering-dering.

'Are you deaf or what? I'm asking you Anis, don't you have a mouth to answer it?' Kali ini Sani sudah berdiri sambil menghentak tangannya keatas meja.
Tersentak Anis dan airmata yang ditahan sejak tadi, berguguran juga akhirnya.

'Why hah, perempuan ni? Asal kena marah sikit, menangis? asyik-asyik menangis! Dah la, awak keluar. I don't want to see you crying. Once you've done, come back to my room. I still want an answer.'
Arah Sani sambil duduk dan merenung laptopnya.
'Encik Sani...' Suara Anis yang bergetar itu perlahan kedengaran dicuping telinganya.

'Yes.' Jawabnya kasar tanpa memandang wajah Anis.

'I bought a lunch for you. It almost 1.30 pm, and you still not take anything since morning. After this you will have a meeting at 2.30. Takut perut Encik Sani masuk angin pula nanti'

Sani terus memandang ke arah Anis yang sedang meletakkan sepinggan nasi goreng kampung kegemarannya dan segelas air tembikai. Kemudian terus berlalu pergi.

Sani tersandar.

'Ya Allah, what I have done?'....


BERSAMBUNG...













Ini merupakan hak cipta terpelihara. Jangan sekali-kali terfikir untuk mencetak atau menyalin segala hasil karya disini. Anda boleh diheret kemuka pengadilan.

No comments:

Post a Comment